SERAMAI 300 MAHASISWA ANAK TERENGGANU (PERMATA) MENYERTAI PROGRAM JELAJAH ANAK TERENGGANU PASCA PEMBENTANGAN BAJET NEGERI 2019

Seramai lebih 300 orang mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA)
yang terdiri daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia(UUM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Anak Terengganu di Perantauan telah menyertai Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 Peringkat Zon Utara pada 10 Mac 2019 bertempat di TH Hotel, Bayan Lepas.

Antara panel yang terlibat dalam sesi dialog ialah YB Haji Satiful Bahari bin Mamat, Pengerusi J/K Pelaksanaan Syariah, Pendidikan & Pengajian Tinggi Negeri, YB Ustaz Mohd Nor b Hamzah, Pengerusi J/K Pembangunan Insan, Dakwah & Penerangan Negeri serta YB Ustaz Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi J/K Pembangunan Belia, Sukan & NGO Negeri.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah YB Haji Alias bin Harun, ADUN Rantau Abang merangkap YB Ayah Angkat PERMATA UPSI, YB Ustaz Sulaiman bin Sulong, ADUN Pengkalan Berangan merangkap YB Ayah Angkat PERMATA UUM dan YB Ustaz Ahmad Syah bin Muhamed, ADUN Bandar merangkap YB Ayah Angkat PERMATA USM.

Print Email

Senarai Berita