Imtiaz YT Kuala Terengganu Cipta Kejayaan

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu meraih anugerah emas utama dalam Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) Negeri Terengganu Kali Kesembilan pada 27 Julai yang lalu.

Produk yang diketengahkan oleh pasukan inovasi sekolah ini adalah produk sabun mandian berasaskan sarang burung walit turut menerima anugerah penyeldikan terbaik dalam penghasilan sabun berbuku itu.

Menurut guru penyelaras unit SEM sekolah itu Rohani Osman memaklumkan produk itu dihasilkan melalui penyelidikan selama setahun oleh lima orang pelajar. Beliau turut memberitahu bahawa produk tersebut yang telah mula dijual di koperasi sekolah akan dikomersilkan untuk perancangan jangka panjang.

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi negeri, A.Latif Awang yang turut menyempurnakan penutupan program. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin dan Pengarah YT, Tn. Hj. Ishamudin Hashim.

Penerima lain yang turut menerima anugerah emas adalah SMK Tengku Ibrahim, SMK Tengku Mahmud, SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, SM Imtiaz YT Kuala Berang dan SMK Padang Midin.  Penerima anugerah inovasi terbaik pula dimenangi oleh SMK Tengku Zainal Abidin dengan mencipta produk penyembur racun serangga, dikuti oleh SMIYT Kuala Berang, SMK Tengku Intan Zaharah, SMIYT Kemaman dan SMK Seri Nering.

Gambar kredit: Utusan Online

Print Email

Senarai Berita