Berita Terkini

Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu Secara One-Off kepada Anak Terengganu di Luar Negara Sesi 2016/2017

Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju menyediakan sejumlah peruntukan bagi membantu meringankan beban kos yuran pengajian para pelajar Terengganu di luar negara dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan dan bidang-bidang iktisas yang lain tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan sebagaimana berikut :

SYARAT & PERATURAN

  1. Tiada Penaja.
  2. Pembiayaan diberi secara one-off bagi sesi pengajian 2016/17 sahaja
  3. Pembiayaan dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya (perlu dibayar balik)
  4. Jumlah pembiayaan berdasarkan kadar sebenar Yuran Pengajian dengan  tidak melebihi RM30,000.00
  5. Jumlah pembiayaan sebahagian sahaja (top-up) sekiranya telah menerima bantuan dari pihak MAIDAM.
  6. Pendapatan isi rumah ibu/bapa/penjaga kurang dari RM10,000.00 sebulan
  7. Memperoleh CGPA 3.50 keatas atau Mumtaz / Jayyid Jiddan (Timur Tengah) dalam keputusan peperiksaan sesi pengajian sebelumnya.
  8. Memenuhi Syarat Kelayakan SSLN/NOC (Sijil Sokongan Luar Negara/No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Universiti dan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  10. Memenuhi Syarat Kerakyatan Terengganu

NEGARA & BIDANG KURSUS

bidang2

Keterangan lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi Yayasan Terengganu di alamat berikut :
Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan
YAYASAN TERENGGANU
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6221733 (6 talian) Fax : 09-6232944

 

PrintEmail