• Welcome Pengarah
  • Like And Follow YT 3D

Berita Terkini

TAWARAN PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU KE LUAR NEGARA 2017

Tawaran Pinjaman adalah dibuka kepada pelajar-pelajar Peringkat Ijazah Pertama Dalam Bidang-Bidang Berikut:
1. Sains
2.Kejuruteraan
3. Perakaunan
 
Syarat-syarat permohonan:
A. Syarat Umum:
i)  Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu. 

ii) Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih juga boleh memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.

iii) Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.

B. Syarat Khusus: 

i) Telah mendapat tempat di  University terpilih  di Luar Negara (Jordan, United Kingdom, Australia, New Zealand & Indonesia)  yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

ii) Mengikuti bidang kursus iktisas dan kritikal.Telah lulus dengan cemerlang (sekurang-kurangnya CGPA 3.75)  di peringkat persediaan (Foundation/A-Level/Matrikulasi) dan setaraf dengannya, dan mendapat keputusan semua A dalam peperiksaan SPM.

ATAU

iii) Lulus SPM 2016 dengan mendapat keputusan semua A (Jordan sahaja). 

iv) Penawaran berdasarkan merit yang akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tajaan & Transformasi Pendidikan dan Pembangunan Pendidikan Yayasan Terengganu.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan, Yayasan Terengganu

(Telefon : 09-6221733 | E-Mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Laman Web : www.yt.gov.my)

 
 

PrintEmail

Anugerah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM

Anugerah Hadiah Kecemerlangan Bagi Peperiksaan SPM, STPM dan STAM tahun 2016 kini dibuka.
Syarat-syarat Asas Permohonan:
1. Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman ( Ibu atau Bapa lahir di Terengganu)  
2. Ibu atau Bapa telah bermastautin dalam negeri Terengganu terus menerus tidak
  kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti menunjukkan akan  
  tinggal menetap di Terengganu                            
Muat turun di sini.

PrintEmail

PERMOHONAN PROGRAM SAINTIS ISLAM TERENGGANU 2017

Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk melahirkan golongan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk Al-Quran bagi mendalami ilmu-ilmu Islam termasuk penerokaan bidang Aero Angkasa, Kejuruteraan & Perubatan yang akan menjadi perintis kepada lahirnya Saintis Islam terulung bertaraf dunia dalam perkembangan Ketamadunan Islam Terengganu.

Klik untuk maklumat lanjut.

PrintEmail

Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu Secara One-Off kepada Anak Terengganu di Luar Negara Sesi 2016/2017

Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju menyediakan sejumlah peruntukan bagi membantu meringankan beban kos yuran pengajian para pelajar Terengganu di luar negara dalam bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Kejuruteraan dan bidang-bidang iktisas yang lain tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan sebagaimana berikut :

SYARAT & PERATURAN

  1. Tiada Penaja.
  2. Pembiayaan diberi secara one-off bagi sesi pengajian 2016/17 sahaja
  3. Pembiayaan dalam  bentuk pinjaman sepenuhnya (perlu dibayar balik)
  4. Jumlah pembiayaan berdasarkan kadar sebenar Yuran Pengajian dengan  tidak melebihi RM30,000.00
  5. Jumlah pembiayaan sebahagian sahaja (top-up) sekiranya telah menerima bantuan dari pihak MAIDAM.
  6. Pendapatan isi rumah ibu/bapa/penjaga kurang dari RM10,000.00 sebulan
  7. Memperoleh CGPA 3.50 keatas atau Mumtaz / Jayyid Jiddan (Timur Tengah) dalam keputusan peperiksaan sesi pengajian sebelumnya.
  8. Memenuhi Syarat Kelayakan SSLN/NOC (Sijil Sokongan Luar Negara/No Objection Certificate) yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi
  9. Universiti dan kursus yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  10. Memenuhi Syarat Kerakyatan Terengganu

NEGARA & BIDANG KURSUS

bidang2

Keterangan lanjut dan borang permohonan boleh diperolehi dengan menghubungi Yayasan Terengganu di alamat berikut :
Bahagian Tajaan & Transformasi Pendidikan
YAYASAN TERENGGANU
Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman
Tel : 09-6221733 (6 talian) Fax : 09-6232944

 

PrintEmail

  • 1
  • 2